KUANTAN - Mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Temerloh meningkat kepada 564 orang setakat 6 petang tadi berbanding 119 orang tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, dua daripada tiga pusat pemindahan di daerah itu juga mencatatkan pertambahan mangsa petang ini.

Jumlah mangsa paling ramai ditempatkan Sekolah Kebangsaan (SK)  Desa Bakti iaitu 400 orang diikuti SK Batu Kapor (158 orang) dan Surau Kampung Bongsu (enam orang).

"Semua agensi penguat kuasa seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia diletakkan dalam keadaan bersiap sedia," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :