LIMA lelaki ditahan kerana memiliki dan menyalakan suar ketika perlawanan persahabatan antarabangsa antara Liverpool FC menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.  

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata semua lelaki warga tempatan berusia 25 hingga 39 tahun itu didapati menyalakan suar yang dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.

"Mereka membakar suar ketika berada dalam stadium semasa menyaksikan perlawanan persahabatan malam tadi yang dihadiri kira-kira 40,000 penonton itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kesemua suspek direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan.

Perlawanan malam tadi berakhir dengan kedudukan 1-1. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :