KUANTAN - Kesemua 971 penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sehingga pukul 10 malam tadi dijangka dibenarkan pulang esok berikutan  paras air di kawasan terjejas menunjukkan tanda-tanda untuk surut.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata berdasarkan pemerhatian yang dibuat kebanyakkan kediaman yang dinaiki air telah surut dengan proses pembersihan sedang dilakukan.

"Sekiranya keadaan seperti ini kekal dengan cuaca yang baik pada malam ini,  kesemua penduduk terjejas banjir dapat pulang ke rumah masing-masing esok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tiga pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan Desa Bakti yang menempatkan 591 orang, 369 orang lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Kapor dan manakala di Dewan Serbaguna Sungai Buloh seramai 11 orang. –Bernama

Artikel Berkaitan