BERAKSI dengan beberapa pasukan, sudah menjadi lumrah bagi seseorang pemain bola sepak. Selain memberi pengalaman, ianya juga mampu mematangkan seseorang pemain itu dalam perjalanan kariernya.

Itulah prinsip yang dipegang pemain kelahiran Sabah Sumardi Hajalan, yang berkelana menyertai beberapa pasukan di Semenanjung Malaysia seperti Johor FC dan Negeri Sembilan sebelum ini.


REBUT ILMU

Jelasnya, penghijrahan telah banyak membantu perjalanan kariernya sebagai seorang pemain bola sepak terutamanya dengan pengalaman begitu berharga yang diperolehinya selama ini.

“Saya sememangnya mahu mencari pengalaman sebanyak mungkin. Bagi saya, ianya akan membantu saya demi masa depan saya sebagai seorang pemain bola sepak.

“Penghijrahan ini sebenarnya memberi banyak manfaat bagi seorang pemain bola sepak. Kini saya mewakili Perak dan berharap melakukan yang terbaik bersama pasukan The Bos Gaurus ini,” katanya
 

PASANG IMPIAN

Pemain kelahiran Tawau, Sabah ini tetap berharap dirinya bakal kembali terpilih mewakili skuad kebangsaan semula suatu hari nanti.

Malah pemain yang pernah mewakili skuad kebangsaan bermula daripada skuad bawah 20 tahun, bawah 23 tahun termasuk skuad senior itu turut berikrar memberikan aksi terbaik sekiranya terpilih kelak.

“Saya pastinya akan memberikan aksi terbaik saya jika dipanggil mewakili skuad kebangsaan, kelak.

“Apa pun saya gembira kerana berpeluang mewakili Perak musim ini dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menaikkan semula nama pasukan Seladang ini sebagai pasukan yang digeruni dalam Liga Malaysia (Liga-M 2015) nanti,”  jelasnya yang meminati pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.


PROFIL

Nama : Sumardi Hajalan
Tarikh lahir : 12 Januari 1985 (29 tahun)
Asal : Tawau, Sabah
Status : Berkahwin (seorang anak perempuan – setahun enam bulan)
Bilangan adik beradik : Anak bongsu daripada empat beradik
Latar akademik : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pasukan yang diwakili :
Sabah (2005), Johor FC (2006-2010),
Sabah (2010-2013), Negeri Sembilan (2014)
Posisi : Pertahanan (kiri)
Posisi lain : Sayap (kiri), Tengah bertahan
Sukan lain yang diceburi : Tiada
Pemain bola sepak yang diminati : Sergio Ramos Kelab/Pasukan bola sepak yang diminati : Barcelona
Makanan kegemaran : Char Kuey Tiaw
Minuman kegemaran : Milo Ais
Jika saya bukan pemain bola sepak : Bekerja

Artikel berkaitan yang patut anda baca :