PERLAWANAN akhir Piala Malaysia 2015 yang dijadualkan 28 November ini, berkemungkinan ditunda ke 12 Disember, seandainya Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang melayakkan diri ke saingan separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, jika kedua-dua pasukan itu tersingkir di peringkat suku akhir, maka final Piala Malaysia tetap dilangsungkan pada 28 November.

“JDT akan menentang pasukan dari Hong Kong, South China pada 25 Ogos dan 15 September, manakala Pahang akan bertemu kelab dari Tajikistan, Istiqlol Dushanbe pada 26 Ogos dan 19 September dalam saingan suku akhir.

“Seandainya salah satu pasukan ini melayakkan diri ke saingan kelompok empat terbaik, tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia akan dianjakkan kepada 12 Disember,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :