KAMI perlu perkemas bahagian tengah dan tidak terlalu ghairah memburu gol."

Itu reaksi pemain tengah Pahang, Azidan Sarudin menjelang pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Sarawak di Stadium Darul Makmur malam ini.

Azidan berpendapat, meskipun bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan buat Pahang mencatat kemenangan namun tidak mustahil akan kecewa sekiranya pemain lalai.

Justeru katanya, kesebelasan utama perlu memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan untuk membentuk sebuah pasukan mantap, tidak ada istilah siapa terbaik dan menjadi pencetus kejayaan.

“Penjaga gol, pertahanan, tengah dan penyerang perlu beraksi sebaik mungkin, ikut setiap arahan jurulatih kerana dia yang dapat melihat setiap kelemahan pasukan selain menghidu kepincangan lawan.

“Saingan separuh akhir pertama ini saya anggap perjuangan hidup dan mati, kemenangan selesa malam ini membuka peluang Pahang melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada masa sama, Azidan berkata,  peminat diminta  untuk datang membanjiri stadium malam ini bagi menyemarakkan semangat perjuangan Tok Gajah.

“Saya berharap peminat bola sepak Pahang dapat memenuhi setiap tempat duduk di Stadium Darul Makmur.

"Sokongan mereka akan jadi senjata Tok Gajah menjaringkan seberapa banyak gol sebagai bekalan.

“Sekiranya Sarawak berjaya dijinakkan, ia  hadiah paling bererti buat peminat yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang musim ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :