PASUKAN Axis Puchong Frueza muncul juara Piala Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas menewaskan TOT United dengan jaringan penalti 3-2 di Putrajaya, baru-baru ini.

Selaku juara, Axis Puchong Frueza membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta piala pusingan dan medal sementara TOT United menerima RM6,000 dan medal.

Hadiah disampaikan sendiri oleh Bung Moktar.

Sementara itu, bagi Kategori Media menyaksikan gelaran juara menjadi milik pasukan Pilihan Felcra selepas mengetepikan cabaran Pasukan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), manakala Sportflex Media Malaysia meraih tempat ketiga.

Bagi Kategori Belia pula menyaksikan pasukan Felcra Sri Bandi menjadi johan dan membawa hadiah wang tunai RM 1,500 serta medal.

Pasukan Felcra Perak selaku naib johan pula membawa pulang wang tunai RM1,000 dan medal.

Tempat ketiga dimenangi Felcra Bukit Sedanan, Melaka.

Artikel Berkaitan