SETIA SELANGOR! itu slogan dibarakan pemain ke-12 The Red Giants, Anak Selangor Fans Club (ASFC) setiap kali membarakan semangat juang pemain Gergasi Merah dalam mengharungi kempen saingan Liga Malaysia.

Minggu ini Rakan Ultras Sinar Harian, ZURAIMEE ZAINAL berkesempatan bersembang ringkas dengan presidennya, Mohd Faizal Wahid.


Asalnya pembentukan?
ASFC terbentuk dari cetusan minat tinggi beberapa penyokong setia Selangor dari beberapa daerah yang mana selalu berjumpa ketika menonton perlawanan Red Giants.

Beza ASFC dengan kelab penyokong lain?
Perbezaan antara ASFC dengan kelab penyokong lain ialah kita tidak hanya menjadi kelab penyokong Red Giants tetapi juga menyokong setiap jenis sukan melibatkan penyertaan negeri Selangor.

Aktiviti lain selain ke stadium?
Kita juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan antaranya misi bantuan banjir, melawat dan menyampaikan bantuan ke rumah anak yatim dan orang tua. Kita juga dalam perancangan untuk mengadakan perjumpaan secara santai antara pemain bola sepak Red Giants dengan anak yatim di Selangor.

Setiap awayday ada kisahnya?
Pengalaman tidak dapat dilupakan ketika awayday adalah ketika membantu komrad  Subang Crew yang terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bagi memberi sokongan kepada Selangor yang menentang Terengganu aksi pertama Liga Super 2015 musim ini.

ASFC dalam lima tahun lagi?
Sasaran ASFC dalam masa lima tahun adalah untuk memajukan sukan bolasepak Selangor dengan menubuhkan Akademi Bolasepak ASFC, yang secara tidak langsung dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak tempatan seterusnya memberi mereka peluang mengembangkan bakat mereka dengan kerjasama bekas pemain Red Giants antaranya Shahril Arshad, Jamsari Sabian dan ramai lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :