AMPANG - Empat penjenayah  yang merupakan anggota kumpulan Ah Faat mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hiliran, di sini kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Kesemua suspek merupakan  warga Indonesia dipercayai baru sahaja selesai  melakukan samun  di sebuah rumah di Bukit Antrabangsa pada jam 3 pagi.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, polis turut  merampas  sepucuk pistol dan sebilah parang yang digunakan oleh kumpulan itu untuk melakukan jenayah


AKAN MENYUSUL.