ARSENAL hanya memperoleh satu mata selepas terikat jaringan, 2-2, menentang Southampton, awal pagi semalam.

Bagi pengendali The Gunners, Arsene Wenger, keputusan itu merupakan keputusan yang adil bagi kedua-dua pasukan sambil menilai lawannya tidak mudah ditundukkan.

“Southampton bermain dengan baik pada separuh masa pertama perlawanan berbanding dengan pasukan kami.

“Di babak kedua pula, corak permainan kedua-dua pasukan berubah. Kami sudah dapat mengatasi segala kelemahan dan ia merupakan perlawanan yang hebat,” katanya.

Gol Arsenal hadir menerusi Olivier Giroud dan Santiago Cazorla manakala Southampton melalui Jose Miguel Fonte serta Adam Lallana.

Artikel Berkaitan