PENGURUS Southampton, Ronald Koeman mengkui anak buahnya bernasib baik dapat mengalahkan Stoke City dalam piala liga.

Bagaimanapun, Koeman menyatakan anak-anak buahnya menunjukkan peningkatan untuk membolehkan mereka layak ke suku akhir nanti.

The Saints mendahului permainan dengan dua gol hasil jaringan Graziano Pelle dan Shane Long, sebelum pemain tengah Stoke, Steven N’Zonzi mendapat peluang pada empat minit selepas babak kedua.

Stoke kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan daripada Meme Biram Diouf. Tuan rumah kemudian berjaya menjaringkan gol kemenangan, sejurus selepas penyerang Stoke City, Peter Crouch diarahkan keluar padang.

Koeman berkata, anak-anak buahnya bermain dengan baik walaupun dilihat agak sukar setelah pelawat berjaya menjaringkan gol pada masa kedua.

Dia menyifatkan Crouch merupakan pemain yang sukar dihalang di padang. Malah menganggap pasukannya sangat bernasib baik apabila pemain berusia 33 tahun itu dilayangkan kad merah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :