REKOD buruk Southampton, tewas dalam lima perlawanan berturut-turut, berakhir selepas mereka merekodkan kemenangan bergaya mengatasi Everton, 3-0, semalam.

The Saints membuka jaringan pada minit ke-38 melalui jaringan sendiri penyerang The Toffees, Romelu Lukaku.

Graziano Pelle dan Maya Yoshida, kemudiannya menambah derita pelawat melalui jaringan pada m-65 serta m-82.

“Selepas gol pertama terhasil, kami tampil dengan lebih yakin selepas kalah lima perlawanan sebelum ini.

“Pemain terus berjuang untuk merekodkan kemenangan dan diharap ia mampu untuk meningkatkan semula kepercayaan diri kami berdepan aksi mendatang,” kata pengendali Soton, Ronald Koeman.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :