TIDAK sampai separuh musim bergabung dengan Southampton, Pablo Daniel Osvaldo sudah digosipkan akan meninggalkan kelab tersebut.

Namun, spekulasi liar ini  terus di bantah pengurus The Saints, Mauricio Pochettino.

"Dia sangat bahagia di sini dan berlatih dengan baik. Dia ingin menamatkan kontraknya di sini dan sedang menunggu kelahiran puteranya yang bakal dilahirkan di England.

"Saya sedih mendengar khabar angin ini yang sebenarnya langsung tidak benar," katanya.

Osvaldo direkrut Southampton dari AS Roma pada musim panas lalu tetapi belum menunjukkan persembahan meyakinkan dan hanya menjaringkan tiga gol dalam 13 perlawanan.

Kelab Serie A, Inter Milan dan Fiorentina disebut-sebut ingin memanggil pulang kembali Osvaldo ke Itali.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :