PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney memberitahu pasukannya boleh mencatat kemenangan ketika menentang Southampton di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

Menurutnya, mereka tampil cukup efektif walaupun sedar kalah dari segi penguasaan bola dan hanya miliki lebih sedikit mencipta peluang.

Dalam perlawanan itu, United terpaksa menanggung malu apabila dikejutkan The Saints 0-1 hasil jaringan Dusan Tadic pada minit ke-69.

“Inilah bola sepak. Secara keseluruhan kami memiliki peluang lebih baik dan beraksi cemerlang yang membolehkan kami menang dalam perlawanan ini.

“Namun kami dihukum. Pihak lawan bermain-main dan sering menjadi pemusnah setiap kali serangan ke gawang mereka.

“Apa pun, kami harus bangkit dan fokus untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Artikel Berkaitan