PENYERANG Southampton, Ricki Lambert semakin pasti menjadi milik Liverpool dalam masa terdekat selepas bidaan The Reds dipersetujui The Saints.

Difahamkan, Liverpool membuat bidaan sebanyak £4 juta kepada Southampton untuk mendapatkan penyerang England itu.

Bagaimanapun Lambert berharap diberikan masa untuk ke Liverpool bagi menjalani ujian kesihatan yang membolehkan kontrak baharu dimeterai.

Sementara itu, pengendali Liverpool, Brendan Rodgers pula merasakan tindakannya membawa Lambert sebagai langkah tepat kerana pemain itu memulakan karier di akademi pasukan berkenaan.

"Saya terpaksa mencari pemain baharu bagi memantapkan skuad kami untuk mengharungi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan yang dijangka lebih sengit berbanding musim lalu," katanya.

Selain Lambert, Liverpool turut berhasrat untuk membawa dua lagi pemain Southampton iaitu Adam Lallana dan Dejan Lovren.

Urusan mendapatkan Lallana kini berada di peringkat perbincangan dan yuran perpindahan dianggar bernilai £30 juta.

Artikel Berkaitan