ADAM Lallana mengaku sudah siap sedia menerima cemuhan daripada peminat Southampton menjelang kunjungan kelabnya, Liverpool di Stadium St Mary’s, Isnin ini.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu, berhijrah ke Anfield pada musim panas dengan proses yang cukup merumitkan.

Lallana dikatakan ingin menyertai The Reds, namun tidak mendapat restu dari Soton.

Dia sendiri akui menyesal kerana keluar daripada Southampton tanpa cara yang terhormat dan menjangkakan bekas kelabnya itu akan memberikan sambutan dingin kelak.

"Jauh dalam lubuk hati saya mahu peminat The Saints menghargai masa yang pernah kami lalui bersama sepanjang bersama kelab itu.

"Bola sepak adalah sukan yang tidak menentu. Jika saya dicemuh, saya anggap kerana mereka merindukan saya untuk kembali bermain lagi di sana.

"Kerana apa, saya juga merindukan Southampton,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :