PENGENDALI Southampton, Ronald Koeman menjelaskan dia bangga dengan pemainnya selepas The Saints mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur, kelmarin.

Mengakui kecewa kerana gagal meraih tiga mata penuh di laman sendiri, Koeman tetap berpendirian positif terhadap pasukannya.

“Saya bangga dengan semua pemain. Kami beraksi pada tahap sebenar sehingga penghujung saingan.

“Tetapi saya kecewa kerana sedikit kesilapan di bahagian pertahanan, kami dihukum melalui jaringan penyamaan Spurs,” katanya.

Southampton kini menghuni tangga ketujuh dengan 57 mata manakala Spurs di tangga keenam dengan 58 mata.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :