PEMAIN pertahanan Southampton, Luke Shaw mengakui terkejut selepas pemain idolanya, Ashley Cole tidak tersenarai bagi berdepan saingan Piala Dunia 2014, di Brazil nanti.

Jelas Shaw, ketiadaan Cole dalam skuad The Three Lions adalah satu situasi yang aneh.

“Saya terkejut dan gembira selepas mendapat panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan tetapi saya juga merasa aneh kerana menggantikan posisi pemain yang menjadi idola saya selama ini,” katanya.

Bagaimanapun jelas Shaw, pemain pertahanan Chelsea itu tetap mengucapkan selamat berjuang buat dirinya di Brazil nanti.

“Saya jelaskan kepadanya bahawa saya tidak menggantikan tempatnya tetapi berjuang di tempatnya,” kata Shaw.

Piala Dunia kali ini merupakan kejohanan pertama buat Shaw dan pemilihannya adalah berdasarkan persembahan menakjubkan sepanjang musim lalu bersama Southampton.

Artikel Berkaitan