KEMENANGAN menundukkan Manchester United 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford awal pagi semalam merupakan satu kejayaan yang perlu dibanggakan.

Sebelas perlawanan tanpa kalah United ditamatkan Southampton pada jaringan lewat minit ke-69 oleh Dusan Tadic.

Kemenangan Southampton memberi kejutan apabila menewaskan pasukan Louis Van Gaal dalam pertemuan pertama musim ini dan kali pertama dalam tempoh 27 tahun.

Kapten Southampton, Jose Fonte berkata, kemenangan itu membuktikan pasukan yang bukan pilihan tidak boleh dipandang enteng dan mampu menjadi ancaman dalam perebutan liga.

"Bukan setiap hari anda akan mendapatkan kemenangan di Old Trafford lebih-lebih lagi bertemu pasukan yang hebat.

"Kemenangan ini satu yang perlu dibanggakan. Kami semakin percayakan diri dengan kemenangan ini dan ia satu kenangan fantastik,"  katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :