NAMANYA mula meniti dibibir peminat sukan permotoran khusunya jentera dua roda. Melakar sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama apabila dinobatkan juara pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi kategori  Moto3 di Argentina, April lalu, Khairul Idham Pawi kini semakin bersemangat memburu kejayaan.

DUA WAKIL

Selepas menunjukkan prestasi membanggakan dalam perlumbaan kategori Moto3  musim lalu dengan memenangi tempat pertama sebanyak dua kali dan menjadi pelumba Malaysia pertama yang mencatat pencapaian sebegitu, Khairul Idham Pawi  atau lebih mesra dengan panggilan KIP dinaikkan untuk menyertai perlumbaan musim ini dalam kategori Moto2.

Perkhabaran gembira ini dinyatakan Idemitsu Honda Team Asia, iaitu pasukan yang akan disertai oleh Khairul Idham bersama rakannya Takaaki Nakagami dari Jepun yang merupakan pelumba berpengalaman.

Hanya satu musim menyertai perlumbaan antarabangsa Moto3, Khairul dilihat sebagai mempunyai potensi dan seorang pelumba yang cukup komited. Kehadiran KIP dalam saingan Moto2 kini meletakkan Malaysia mempunyai dua pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah.

TEPATI RAMALAN

Terbaharu, KIP menepati ramalan apabila mengungguli anugerah Pelumba Terbaik (dua roda) Anugerah Sukan Permotoran SIC-MAM 2016. Kejayaan membanggakan dilakar penunggang 19 tahun dari Perak itu membolehkannya mengetepikan saingan sengit beberapa pelumba termasuk Hafizh Syahrin Abdullah (Moto2), Zulfahmi Khairuddin (WSBK) dan Adam Norrodin (Moto3).

Baginya, banyak perkara dipelajri sepanjang tahun pertama dalam perlumbaan kejuaraan dunia yang member banyak pengalaman.

“Tahun ini saya akan memulakan cabaran baharu dalam kategori Moto2, dan tahu tahapnya adalah lebih tinggi dan sukar. Saya sedia untuk belajar dari mula sekali lagi. Saya memang teruja,” jelasnya.


PROFIL RINGKAS KIP
Nama Penuh : Khairul Idham Pawi
Gelaran : Super KIP
Tarikh Lahir : 20 September 1998
Umur : 18 tahun
Asal : Kampung Gajah , Perak
Pasukan Semasa : IDEMITSU Honda Team Asia
Pungutan Mata Moto3 2016 : 62 Mata
Kedudukan keseluruhan : Tempat ke 19
Akltiviti masa lapang : Bersenam / Gym

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUNGKINKAH akan wujud dua kumpulan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017/2021 yang dijadualkan 25 Mac nanti.
  • BERMATLAMATKAN pengurusan sebuah kelab bola sepak telus, profesional dan mesra penyokong, tujuh peminat bola sepak telag bersatu hati menubuhkan kelab Bola Sepak Shah Alam Antlers.
  • LALUAN sukar itu gambaran bakal ditempuhi bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam usaha menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada pemilihan 25 Mac nanti.
  • LIGA Bola Sepak Wanita (LBRW) yang akan bermula 3 Februari ini, bakal menyediakan medan pendedahan dan pengalaman perlawanan sebenar yang lebih meluas kepada skuad bawah 14 dan 16 tahun negara di Sekolah Sukan Malaysia Sabah.