DALAM usaha menyediakan skuad pelapis mantap masa depan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memilih 10 pemain bagi menganggotai skuad Harimau Muda B.

Mereka, Mohammad Faizat Ghazali (Pulau Pinang), Muhammad Hafizul Hakim S Vikineswaran (Perak), Mohd Hafis Saperi, Shreen Tambi, Mohd Ibrahim Jobeli (Sarawak), Maxsius Musa (Sabah), Mohd Asyraf Abdul Talib, Mohd Iskandar Hanapiah (johor) dan Ramdhan Abd Hamid (Kelantan).

Mengikut kenyataan FAM semalam, kesemua pemain perlu melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Mohamed Razip Ismail atau Mazlan Abdul Wahid di Casa 1, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Ahad ini.

Difahamkan, pemain ini bakal beraksi di Liga Singapura bagi cabaran musim 2013.