VOLVO Trucks Malaysia menganjurkan majlis penyerahan 10 unit Volvo FM440 penggerak utama 6x2 kepada Taipanco Sdn Bhd yang telah diadakan di pejabat Taipanco di Bandar Suleiman, Port Klang dan telah dihadiri oleh pengurusan kanan ahli pasukan kedua-dua syarikat baru-baru ini. 

Majlis penyerahan bermula dengan ucapan aluan daripada Pengarah Urusan Volvo Trucks, Mats Nilsson, diikuti dengan pembentangan model skala trak dan penyerahan replika kunci sebagai simbul perasmian majlis. 

Taipanco Sdn Bhd, bersama-sama dengan anak syarikat milik penuhnya Shallas Sdn Bhd yang terletak di Port Klang, merupakan syarikat yang pakar dalam pengangkutan kontena, pergudangan dan perkhidmatan angkutan.

Syarikat itu telah menjadi pelanggan setia yang hebat kepada Volvo Malaysia, dengan lebih daripada 130 trak dibeli sejak 2005. Unit tambahan Volvo FM440 dihantar adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan armada.

Menurut Pengarah Eksekutif Taipanco Sdn Bhd, Datuk Nazari Haji Akbar, dalam sedekad yang lalu, Volvo Trucks telah bekerjasama dengan Taipanco sepanjang perjalanan pertumbuhan syarikat dengan terus memberikan syarikatnya produk tahan lama dan perkhidmatan selepas pasaran yang boleh dipercayai.

“Kami percaya bahawa mempunyai armada trak adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan sektor kami,” katanya.