UMW Toyota Motor baru-baru ini melancarkan Program Toyota Eco Youth 2018 (TEY) bagi edisi ke-18 dengan matlamat untuk mendidik para peserta berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan sisa buangan.

Peserta terdiri daripada pelajar dari 11 buah sekolah akan dilatih untuk menyelesaikan masalah bagi mendepani isu-isu pemuliharaan alam sekitar.

Aktiviti latihan selama tiga hari telah diadakan sebelum majlis pelancaran berlangsung, menyaksikan pesertanya didedahkan kepada Iapan langkah dan kaedah penyelesaian masalah yang diamalkan oleh Toyota.

Majiis pelancaran ini menjadi penanda bermulanya program Toyota Eco Youth 2018. Para pelajar perlu mengenai pasti projek yang ada hubung kait dengan pengurusan sisa buangan di sekitar komuniti mereka.

Tumpuan utama program ini adalah untuk menerapkan kemahiran pembelajaran berasaskan projek dikalangan pelajar.

Aktiviti latihan selama tiga hari telah diadakan sebelum majlis pelancaran berlangsung, menyaksikan pesertanya didedahkan kepada lapan langkah dan kaedah penyelesaian masalah yang diamalkan oleh Toyota (8 Step Toyota Problem Solving Methodology and Techniques).

Tema “Pengurusan Sisa Buangan” tahun ini memberi penekanan terhadap koordinasi dengan agensi kerajaan, masyarakat setempat dan kelompok berkepentingan awam.

Ia bagi memupuk amalan terbaik dengan meminimumkan sisa buangan serta mengurusnya agar dapat memberikan kesan yang minimum terhadap alam sekitar. TEY dianjurkan sebagai acara tahunan dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Pendidikan sejak 2001.

UMW Toyota Motor telah membelanjakan hampir RM7juta bagi program ini sejak mula dianjurkan.Diperingkat global, Toyota Motor Corporation memperkenalkan “Toyota Environmental Challenge 2050”, yang telah mengenal pasti enam masalah utama alam sekitar perlu diselesaikan dalam tempoh tiga dekad akan datang.