SHELL Malaysia telah memperkenalkan minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) Shell Rimula R6 LM sintetik sepenuhnya dan R5 LE teknologi sintetik yang baru diformulasikan dengan spesifikasi minyak enjin American Petroleum Institute (API) CK-4 terbaru di pasaran Malaysia.

Ketersediaan minyak enjin diesel tugas berat yang mematuhi API CK-4 terbaru adalah berita baik untuk sektor fleet dan pengangkutan yang sangat berdaya saing di mana syarikat-syarikat menghadapi tekanan bagi mencapai tahap kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi dan meminimumkan jumlah kos operasi. Shell memainkan peranan utama dalam perkembangan spesifikasi API CK-4 yang baru untuk minyak enjin diesel tugas berat.

Produk utama terbaru Shell Rimula R6 LM dengan API CK-4 mengabungkan minyak asas sintetik sepenuhnya dengan 'PurePlus Technology’ dan ‘Adaptive Additive Technology'.

Kedua-duanya Shell Rimula R6 LM dan R5 LE berkeupayaan mengawal pengoksidaan dan enap cemar yang sangat baik untuk mencegah penebalan minyak dan deposit berbahaya di semua kawasan enjin, menghasilkan piston lebih bersih.

Kesemua ini membawa kepada penggantian pelumas yang lebih lama, ekonomi minyak yang lebih baik dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Pengurus Besar Pemasaran Malaysia / Singapore, Shell Lubricants berkata, teknologi enjin diesel nyata telah berkembang dengan pesat dalam tempoh 40 tahun, didorong oleh pengetatan undang-undang pelepasan dan peningkatan perhatian daripada pelanggan terhadap kecekapan, kebolehan dan mengurangkan jumlah kos pemilikan.

"Enjin hari ini beroperasi pada suhu yang lebih tinggi dan memerlukan generasi baru minyak enjin diesel yang bertaraf tinggi untuk melindungi mereka.

Minyak enjin Shell Rimula dengan API CK-4 yang baru direka khas untuk membantu menyampai tahap operasi enjin yang cekap dan perlindungan yang lebih baik,” katanya.