SHELL Malaysia melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di 11street yang menyediakan kemudahan bagi pemilik kereta di seluruh Malaysia membuat pembelian pakej servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen secara dalam talian baru-baru ini.

Pengguna di Semenanjung Malaysia, berpeluang membeli ebaucar bagi pakej servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen secara dalam talian, menghubungi bengkel terlebih dahulu untuk membuat temu janji dan menebusnya melalui aplikasi mudah alih 11street di bengkel yang terpilih.

Untuk meraikan kerjasama tersebut, Shell Helix dan 11street telah mengumumkan peraduan Belanja & Menang! Dari 16 hingga 29 April 2018. Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak yang menggunakan sama ada minyak motor Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage atau HX7 di 11street akan berpeluang untuk memenangi kredit beli-belah bernilai RM500.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, kerjasama dengan 11street akan membolehkan syarikat tersebut mengambil peluang atas trend membeli-belah dalam talian yang sedang pesat berkembang.

“Tujuan utama Shell Helix adalah untuk membantu pemandu mengatasi cabaran harian dan mengekalkan semangat pemanduan mereka.

"Menerusi kerjasama dengan 11street, kami dapat membangkitkan semangat mereka untuk terus memandu dengan menawarkan kemudahan yang tidak pernah tersedia sebelum ini dari segi penyenggaraan kereta mereka," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Perdagangan 11street, Bruce Lim berkata, pihaknya menawarkan kemudahan untuk pembeli di Malaysia mendapatkan servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen dan paling berkualiti.

"Kerjasama dengan Shell Malaysia ini akan membantu pengguna mengurangkan masa menunggu untuk menjalankan servis kereta mereka," jelasnya.