MERCEDES-Benz Malaysia mengumumkan tawaran varian baru bagi model S-Class. Kini model limousin terbaik dunia itu dilengkapi dengan pakej AMG Line.

Mercedes Benz S 400h AMG Line itu dilengkapi dengan kit penggayaan badan AMG dan rim aloi AMG bersaiz 19 inci. Melangkah kaki ke kabin, perincian AMG Line boleh dilihat pada stereng tiga jejari  dan pedal sport AMG yang meningkatkan lagi ciri sporty dalam kabin. Tidak ketinggalan kemasan kulit kabin berkualiti tinggi dan kemasan kayu meningkatkan aura elegan serta mewah.

Untuk makluman, jentera tersebut dijana oleh enjin 3.5 liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa 306hp dan tork 370Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan motor elektrik dengan kuasa 27hp dan tork 250Nm. Penghantaran kuasa ke roda digabungkan menerusi transmisi tujuh kelajuan automatik 7G-Tronic

Peralatan standard lain termasuk lampu depan dengan sistem cahaya pintar LED, bumbung suria/panorama elektrik dan sistem suspensi Airmatic.

Harga jualan Mercedes-Benz S 400h AMG Line ialah RM598,888 (termasuk GST).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSAINGAN dunia automotif sebenarnya begitu kompetitif. Pengguna semakin bijak memilih. Di pasaran Malaysia, sedan segmen-D didominasi oleh jenama Jepun. Kesetiaan pengguna memilih kenderaan dari jenama Jepun tentunya kerana nilai jualan semula yang lebih baik.
  • SEKITAR April lalu,pihak MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengesahkan akan memasarkan model scrambler klasik Benelli Leoncino.Akhirnya model berkenaan sah dilancarkan di pasaran tempatan pada harga RM29,678 (termasuk GST) seunit.
  • JIKA sebelum ini penulis berkongsi pengalaman menunggang uji RS200 dan NS200 yang lebih kepada sports serta naked, kali ini pula mengenai kemampuan satu lagi jentera Bajaj iaitu V15 yang dilihat lebih kepada gaya retro.
  • MODEL SUV (kenderaan utiliti sport) CR-V merupakan model pertama yang dipasang tempatan di kilang Honda Malaysia, Melaka pada 2003. Model berkenaan telah beberapa kali melalui kitaran produk. Menerusi gayaan inovatif dan nilai utiliti tinggi, CR-V menarik minat ramai pengguna di Malaysia dengan rekod jualan 68, 000 unit. Bahkan generasi ke-4 yang dilancarkan pada 2013 itu mencatatkan jualan tertinggi iaitu 30, 000 unit sehingga Jun 2017.
  • HUJUNG bulan lalu, Bermaz Motor membawa media automotif ke Kulim, Kedah bagi menyaksikan pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) CX-5 generasi kedua. Lebih menarik kemudahan Inokom Corporation di Kulim itu akan memasarkan model CX-5 baharu ke negara Asean lain antaranya Indonesia, Filipina, Kemboja dan Myanmar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.