SEMPENA bulan Ramadan yang bakal tiba, UMW Toyota Motor dan semua rangkaian pengedar sahnya akan mengadakan kempen Jalan Cerita Ramadan Bersama Toyota dimana pelanggan di tawarkan istimewa termasuk “Duit Raya” bernilai RM500 (bagi model-model terpilih). 

Selain itu, pelanggan juga diberi rebat tunai sehingga RM3,500 serta tawaran menarik yang lain seperti baucar perkhidmatan percuma atau aksesori pakej percuma yang memberikan nilai terbaik untuk pembelian mereka (tertakluk kepada model dan varian yang terpilih).

Pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan boleh Mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota "2-Tier Plan" yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan.