DALAM menyahut kenyataan kerajaan mengenai kadar sifar GST pada 1 Jun nanti, PROTON

turut mengumumkan pada 17 Mei bahawa Syarikat akan menawarkan kepada pelanggannya baucar perkhidmatan yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga sebelum dan selepas GST bagi semua pembelian keretanya.

Hari ini, Syarikat meningkatkan lagi penawaran dengan memberikan pilihan antara baucar perkhidmatan atau rebat tunai dengan nilai yang sama. Tawaran ini boleh digunapakai untuk semua kereta Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei hingga 31 Mei 2018 dan pertambahan bagi promosi jualan yang lain.

Menurut Naib Presiden Jualan & Pemasaran PROTON, Abdul Rashid Musa, PROTON mengumumkan satu inisiatif yang menawarkan faedah kepada pembeli kereta Malaysia untuk membayar pada harga kadar sifar GST sebelum ianya berkuatkuasa.

“Kini, PROTON memberikan pelanggan pilihan untuk mereka menerima faedah ini sama ada dalam bentuk baucar perkhidmatan atau rebat tunai.

“Tidak ada sebab untuk menunggu hingga 1 Jun 2018 untuk membeli Proton baharu kerana kami telah memberikan penjimatan yang lebih awal,” katanya.