PROTON Holdings Bhd (Proton) menawarkan pembiayaan 0% untuk tahun pertama kepada pembeli Proton Iriz (varian Executive dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang mendaftar untuk pinjaman lima tahun bersama Hong Leong Bank bagi kempen pada bulan April.

Bagi Proton Saga dan Persona (Premium CVT sahaja), tawaran terdiri daripada kit badan percuma bagi tempahan yang dibuat sepanjang bulan ini.

Selain itu, rebat-rebat juga boleh didapati untuk model lain termasuk insentif bagi model-model tahun 2017.

Bersempena dengan langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah jualan, usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan jualan dan membina semula kepercayaan antara pembeli kereta dan jenama juga sedang dijalankan.