PROTON 1-Tank Adventure diteruskan ke Pantai Timur baru-baru ini bermula 21 hingga 22 Julai 2018. Pusingan ini menyaksikan para peserta terdiri daripada media, selebriti terkenal, ‘Key Opinion Leaders’, dan orang awam dalam perjalanan meliputi 640km memandu Proton Saga 1.3 CVT, Persona 1.6 CVT atau Iriz 1.3 CVT dengan hanya satu tangki minyak diisi penuh.

Semua pasukan berjaya mencapai jarak pemanduan sejauh 640km dengan satu tangki minyak penuh. Namun, hanya satu pasukan yang tidak dapat melepasi tetapi meliputi 630km.

Penggunaan minyak bagi kawasan Tengah dan Pantai Timur adalah berbeza walaupun jarak yang terlibat adalah 640km. Ini disebabkan perbezaan geografi setiap kawasan.

Selain trafik, kenderaan berat dan jalan berliku-liku, serta cuaca panas dan lembap merupakan antara faktor yang mempengaruhi pemanduan.

Pencapaian terbaik adalah oleh Saga 1.3 CVT pada 3.51L/100km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Saga adalah 4.55L / 100km), diikuti oleh Persona 1.6 CVT pada 3.97L/100km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Persona adalah 5.16L/100km) dan Iriz 1.3 CVT pada 4.95L/100km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Iriz adalah 5.31L/100km).

Keputusan ini disahkan oleh Malaysia Speed Festival (MSF).