HAVAL Malaysia menerusi pengedar utama jenama itu di Malaysia, Go Auto Sales menyambut baik kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia yang secara rasmi diumumkan pada 10 Mei lalu.

Go Auto Sales juga turut tidak mahu ketinggalan meraikan pengumuman Kerajaan berhubung pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan melancarkan promosi sifar GST menjelang Aidilfitiri, ‘Celebrating Raya with Zero GST’. 

Promosi bermula Mei hingga 30 Jun 2018 ini menawarkan pelanggan HAVAL yang baru dan sedia ada dengan simpanan berjumlah sehingga RM9,500 dan turut termasuk rebat sehingga RM3,000 serta duit raya sehingga RM1,200 dan baucar petrol bernilai RM300. 

Promosi tersebut menawarkan pembeli meraih penjimatan harga tanpa GST membabitkan dua model utama, Haval H1 dan Haval H2. Orang ramai boleh menempah mana-mana model Haval dan akan menerima kereta idaman selepas 1 Jun nanti.

Menurut Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, sejajar dengan hala tuju kerajaan, GST sifar ini memberikan peluang kepada Go Auto untuk menambah kepada promosi semasa.

“Kami pasti teruja untuk kesepakatan baru ini terutama dengan perayaan Raya di sekitar sudut dan kami berharap untuk terus memberi para pelanggan untuk memiliki SUV pada harga yang kompetitif dan untuk meraikan Raya dengan SUV baru pada masa yang sama,” katanya.

Selain dari promosi semasa, Go Auto Sales juga telah merancang untuk mengadakan pameran bergerak di seluruh negara sebahagian Kempen Reimagine yang sedang berlangsung di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang akan diumumkan kemudian mendekati tarikh acara tersebut.