BERSEMPENA Ramadan dan musim Kaamatan, pasukan sukarelawan Perodua baru-baru ini melawat Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah untuk menyumbang peralatan perubatan dan mainan. 

Sumbangan itu terdiri daripada dua set ‘Miller 3 straight laryngoscope blades’ bernilai RM1,800 setiap satu, dan 40 bantal dengan penutup PVC. Perodua, bersama-sama dengan Lego Malaysia, turut menyampaikan mainan Lego dan barangan kepada 250 kanak-kanak di sana.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di atas perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Sementara itu, cawangan Perodua di Kedah dan Pulau Pinang menghantar sepasukan 10 sukarelawan ke Shan Children’s Home di Perai, di mana mereka menganjurkan kelas membuat roti untuk 19 kanak-kanak di situ.

Para sukarelawan juga membantu membersihkan rumah berkenaan dan menyampaikan mainan kepada kanak-kanak tersebut. Pengeluar kereta itu juga menyumbang lebih RM20,000 barangan dan wang tunai tahun lepas dan mengumumkan komitmennya kepada program tanggungjawab sosial korporat selama tiga tahun dengan rumah itu.

“Terdapat banyak cara untuk membantu kanak-kanak ini. Kami mengalu-alukan bantuan kewangan dan barangan. Dengan melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti pendidikan, kami berharap dapat melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang akan memberi manfaat kepada mereka sepanjang hayat mereka, “ katanya.