BOON Siew Honda memperkenalkan skuter komuter moden bandar iaitu Honda PCX yang terus menjadi platform Honda untuk mempamerkan ciri teknologi terkini yang tersedia untuk orang ramai.

PCX baharu ini menampilkan gabungkan rasa hebat, prestasi, dan mudah dikendalikan tentunya memenuhi keperluan dan keinginan peminat jentera dua roda.

Dibina di sekitar kerangka sokongan duplex ayun baharu yang lebih ringan. Ia mempunyai jarak roda yang lebih pendek yang meningkatkan pengendalian dan memberikan maklum balas jalanan yang lebih baik.

Suspensi baharunya menyediakan perjalanan yang lebih selesa, tambahan pula dengan roda aloi 14-inci baharu yang menawarkan tahap menunggang yang premium.

Ia kini ditawarkan dalam dua warna baharu yang menarik iaitu Merah Euphoria (Red Metallic) dan Kelabu Radiate (Grey Metallic) serta warna Putih (Pearl Metalloid White).

PANEL BAHARU

Penggayaan PCX baharu kini menawarkan panel badan baharu untuk rupa premium dan lebih kemas, namun kelihatan lebih sporty. Dwi lampu utama LED yang padat menyerlahkan penampilannya dengan lampu siang LED yang tergabung dalam dan lampu ekor LEDnya juga diperbaharui.

Semua ini meningkatkan keterlihatan anda kepada pengguna jalan raya yang lain selain memberikan keselesaan peribadi. Enjin 149 cc sejukkan cecair SOHC 4- lejang mempunyai gerek 57.300 mm serta lejang 57.907 mm dengan nisbah mampatan 10.6: 1. Ia menjana 14.5 hp (10.8 kW) pada 8,500 rpm dan menghasilkan tork sebanyak 13.6 Nm pada 6,500 rpm. Kapasiti minyak pelincir enjin adalah 0.9 liter.

Kuasa enjin dihantar melalui sistem cekam emparan kering automatik Honda VMatic (Dry Type Automatik Centrifugal Clutch transmission) ke roda belakang melalui talisawat. Kawalan induksi Honda PGM-FI dengan pemewah automatik menguruskan campuran bahanapi untuk penghidupan enjin dan penyesuaian kendiri yang mudah.

AKSES MUDAH

Ketinggian pelananya sebanyak 764 mm dan bentuknya yang tirus memberikan akses mudah dan senang untuk diparkir. Skuter yang berukuran 923 mm panjang, 745 mm lebar dan setinggi 1,107 mm ini mempunyai sudut capai sebanyak 27 darjah dan jarak capai 19 mm agar mudah dikendalikan.

Angkup hidraulik mengawal brek cakera di hadapan dengan brek gelendung di bahagian belakang, sebagaimana kebiasaannya untuk skuter. Ia menggunakan tayar depan bersaiz 14 M/C x MT2.15 dan tayar belakang 14 M/C x MT3.50. Harga yang ditawarkan bagi PCX150 ialah RM 10,999.00