NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu telah mendapat tempahan sebanyak 2,500 unit sehingga 8 Jun 2018.

Berdasarkan rekod dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), daripada jumlah itu, 757 unit telahpun didaftarkan dalam masa empat minggu selepas pelancaran rasminya.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan, Tempahan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu membuktikan penerimaan yang hebat bagi model baharu daripada ETCM dan pihak syarikat ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka.

“Kami akan terus menawarkan produk-produk berkualiti. Pada masa yang sama akan meningkat produksi bagi memastikan Nissan Serena SHybrid serba baharu dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” katanya.

Nissan Serena S-Hybrid serba baharu hadir dengan rangkaian teknologi dan ciri pintar yang memberikan banyak kemudahan.

Ciri Nissan Intelligent Mobility (NIM) telah ditambah untuk menawarkan pemanduan yang lebih yakin, mengujakan dan terhubung.