EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu yang popular telah melangkaui jangkaan apabila menerima 4,000 tempahan setakat 30 Jun 2018 dengan 1,900 unit telah didaftarkan dalam tempoh hanya tujuh minggu selepas ia dilancarkan secara rasmi.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, penerimaan pasaran yang positif membuktikan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ialah sebuah MPV yang popular di Malaysia.

“Ini memberi semangat kepada kami serta kami telah meningkatkan produksi serta bekerjasama rapat dengan pembekal alat ganti tempatan, bagi memastikan produk dan kenderaan berkualiti dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” katanya.