SEREMBAN Victory Credit Sdn Bhd, pengedar sah Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini melancarkan pusat 3S Nissan miliknya di Seremban, sekali gus memberi kemudahan dan perkhidmatan yang efisien kepada komuniti di Negeri Sembilan.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, yang turut ditemani oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd Christopher Tan, dan Pengarah Seremban Victory Credit Sdn Bhd Trevor Tham.

“Kami ingin menawarkan kepada anda bilik pameran baharu 3S Nissan Seremban Victory yang kini ditambah baik, lebih besar dan mudah diakses demi memenuhi keperluan komuniti di Seremban.

“Dengan adanya kemudahan ini, kami mampu memberikan perkhidmatan dan pengalaman Nissan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” katanya.

Pusat 3S Nissan Seremban Victory mempunyai kawasan binaan seluas 12,000 kaki persegi.

Melibatkan pelaburan sebanyak RM10 juta, pusat 3S Nissan baharu itu membolehkan bilik pamerannya mempamerkan sehingga 8 buah model Nissan serta 13 ruang servis yang mampu menyelenggarakan 40 buah kereta sehari.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan insurans dan sewa beli, ruang rehat pelanggan yang selesa, Wi-Fi percuma, ruang penyerahan berhawa dingin dan sudut kanak-kanak merupakan sebahagian daripada kemudahan yang boleh pelanggan nikmati di pusat 3S.