SEMPENA menyambut ketibaan hari raya yang bakal tiba dalam masa sebulan lagi, Naza Group kini menawarkan promosi serta penjimatan yang lumayan dengan kempen terbesarnya dengan Naza Gaya Raya Autofair 2018, eksklusif buat para pengguna di Naza Automall, bilik pameran kenderaan terbesar di Malaysia.

Bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2018, kempen Naza Gaya Raya Autofair 2018 akan menawarkan rangkaian kenderaan empat dan juga dua roda yang luas dengan tawaran yang hebat disediakan, beserta rebat tunai, kelulusan pinjaman yang pantas, nilai pertukaran kembali yang tinggi, insurans dan cukai jalan percuma, khidmat penyelenggaraan, baucar, dan hadiah percuma, serta ansuran bulanan percuma.

Pakej telah disediakan ini merangkumi Jenama seperti Maserati, Brabus, Kia, Peugeot, Chevrolet, Ducati, Vespa dan Indian Motorcycles, dan juga jenama-jenama lain.

Pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 15% bagi jenama kereta mewah baru atau pun terpakai selain daripada jenama automotif di bawah portfolio jenama Naza Group seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan Toyota Harrier.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Group, Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George, sempena tibanya Hari Raya Aidilfitri, para pelanggan dijemput untuk membawa keluarga dan kawan mereka ke Naza Automall dan nikmatilah tawaran hebat yang telah kami sediakan untuk Naza Gaya Raya Autofair 2018.

“Pelbagai pilihan jenama automotif, sudah pasti akan ada jenama yang sesuai untuk semua. Dari kereta dan motosikal yang baru hinggalah ke kenderaan import berkualiti terpakai, kami jamin ianya tawaran terbaik untuk anda, semuanya di bawah satu bumbung.

“Selain penjimatan yang hebat dan penghantaran pantas, pelanggan Naza yang telah membeli kereta atau motosikal idaman mereka sewaktu Naza Gaya Raya Autofair 2018 akan berpeluang untuk memenangi percutian tajaan penuh 4 hari 3 malam untuk menyaksikan secara langsung pusingan separuh akhir FIFA World Cup 2018 di Moscow,” katanya.