EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini melancarkan penambahan terbaharu ke dalam rangkaian model Navara, Nissan Navara VL Plus yang dilengkapi dengan teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) dan sistem keselamatan yang telah dipertingkatkan.

Varian Navara VL Plus kini dipasang dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM), teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang menggunakan 4 unit kamera untuk menyediakan pandangan 360° dari atas kenderaan bagi memudahkan urusan navigasi di kawasan yang sempit dan ketika parkir.

7 Beg Udara SRS turut dipasang untuk perlindungan tambahan. Manakala Speedometer Digital baharu yang disepadukan dengan Advance Driver-Assist Display (ADAD) menawarkan pemanduan yang lebih mudah.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, Nissan Intelligent Mobility (NIM) menawarkannya melalui Intelligent Around View Monitor (I-AVM) yang boleh didapati pada 3 model terlaris X-Trail, Serena S-Hybrid dan kini Navara

“Bayangkan pengalaman pemanduan serba baharu, menjalani kehidupan dengan lebih keterujaan, keyakinan dan terhubung dengan dunia di sekeliling anda teknologi I-AVM kami,” katanya.

Navara VL Plus terus menjanjikan prestasi pemanduan dinamik dengan enjin diesel 2.5 litre turbo intercooler yang mampu menjana kuasa sehingga 190 PS dan tork 450Nm.