GIVI sudah sememangnya terkenal sebagai pembuat aksesori motosikal terkemuka dunia. Berasal dari Itali, produk GIVI boleh di dapati di lebih 90 negara seluruh dunia.

GIVI sudah bertapak di Malaysia melebihi 25 tahun silam. Di rantau Asean, GIVI sangat di kenali dengan produk aksesori boks, baju hujan dan helmet. Namun, sebagai pembuat barangan aksesori GIVI sebenarnya mengeluarkan lebih 1,000 jenis aksesori motosikal dan tidak tertakluk kepada tiga jenis barangan di atas sahaja.

Terkini, GIVI Asia yang berpangkalan di Bukit Beruntung, Rawang Selangor telah mengeluarkan boks jenis terbaru. Monolock Topcase B34 ialah produk yang tampil untuk memberi kemudahan kepada penunggang motosikal, terutamanya yang berkapasiti 250cc ke bawah atau moped.

Di reka bentuk aerodinamik, kemasan ‘carbon fibre’ juga menjadikan Monolock Topcase B34 lebih menarik untuk sebarang tampilan pelbagai motosikal.

Terdapat dua jenis ‘reflector’ iaitu merah dan juga hitam ‘smoke’ untuk pilihan pengguna. Ini adalah salah satu ciri keselamatan pengguna boks.

Seperti kebanyakan boks GIVI, rekomendasi bagi muatan ialah 5kg (sistem rack heavyduty HRV) dan 3kg (sistem rack mono MV). Isipadu keseluruhan pula ialah 34liter.

Dengan kapasiti sederhana demikian, sebuah helmet ‘fullface’ beserta sepasang baju hujan amat mudah di simpan.

Ramai pengguna boks sememangnya amat berpuashati dengan kemudahan setelah memakai nya. Bagi yang skeptikal untuk memasang boks, anda semestinya perlu mencuba nya dan di jamin bakal tidak menyesal.

Bukan sahaja mudah tetapi motosikal anda kelihatan lebih besar dan ‘gagah’. Monolock Topcase B34 ini boleh di dapati di pengedar-pengedar GIVI seluruh negara.