DALAM usaha untuk memenuhi permintaan bagi penyelesaian kewangan yang lebih fleksibel, pelopor pembiayaan automotif, Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (Mercedes-Benz Services Malaysia), baru-baru ini memperkenalkan AgilityPlus. 

Penyelesaian serba lengkap terkini oleh syarikat yang kini memberi pelanggan lebih kebebasan untuk menyesuaikan pakej untuk membiayai, melindungi dan menyenggarakan kenderaan Mercedes-Benz mereka yang dihargai dengan cara terbaik. 

Menurut Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Mike Ponnaz, Mercedes-Benz Services Malaysia bertekad untuk menyokong gaya hidup dan kehendak pelanggan. 

“Kami merangka strategi di sebalik portfolio kami yang berkembang kepada lebih RM2.3 bilion ini adalah usaha memahami pelanggan terlebih dahulu dan menentukan keperluan mereka. 

“AgilityPlus disediakan khas untuk individu yang inginkan nilai, manfaat tiada tandingan dan juga ketenangan fikiran,” katanya. 

Dengan pakej AgilityPlus, pelanggan akan menikmati manfaat pelan Pembiayaan Agility yang tersendiri, iaitu pilihan fleksibel pada akhir perjanjian untuk menjelaskan atau melanjutkan kontrak, atau memulangkan kenderaan Mercedes-Benz mereka. 

Nilai Masa Depan Terjamin (GFV) ialah satu lagi ciri penting yang melindungi pelanggan daripada susut nilai, sambil membolehkan pelanggan menikmati ansuran bulanan lebih rendah. 

Untuk menyempurnakan ciri-ciri ini, AgilityPlus memberikan pilihan kepada pelanggan untuk melengkapi pelan Pembiayaan Agility dengan tambah nilai menarik. 

Pelanggan bebas memilih satu, atau kombinasi ciri-ciri tambahan, yang terdiri daripada Insurans Kenderaan Komprehensif Mercedes-Benz, Insurans Tayar dan Rim, Insurans Return To Invoice (RTI) dan juga Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact atau Compact Plus).