MERCEDES-BENZ Malaysia (MBM) dan pengedar, Asbenz Stern Sdn Bhd (Asbenz Stern) baru-baru ini melancarkan Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus yang merupakan autohaus pertama di Kuantan, Pahang.

Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan menawarkan jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S) di Autohaus dan Pusat Servisnya untuk pelanggan dengan kakitangan yang berkelayakan dan terlatih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM Dr. Claus Weidner berkata, pelancaran Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus itu akan mengukuhkan kedudukan jenama tersebut di Pantai Timur Semenanjung.

"Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus yang berkeluasan 1,253.8 meter persegi ini dapat menyelenggara sehingga 250 buah kereta sebulan selain dapat memuatkan tujuh buah kereta bagi tujuan pameran.

"Selaras dengan visi kami untuk memberikan produk dan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan kami, Autohaus ini turut direka dengan konsep Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dan dilengkapi dengan ciri-ciri interaktif I-Showroom.

"Ini membolehkan pelanggan meneroka produk Mercedes-Benz hanya melalui sentuhan jari,” katanya.