Motorhome berkonsep ‘Just Brilliant’

PENGIMPORT dan pengedar tunggal motorhome dan karavan, WTA Ventures Sdn Bhd (WTA Ventures) menerusi jenama Luxe Motorhomes & Caravans menyasarkan membawa lima kenderaan motorhome model baharu casis Ford menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Luxe Motorhomes, Mohd Arne Haffnee Abas berkata pasaran Motorhome di Malaysia masih baru dan mempunyai banyak peluang untuk berkembang. Ini dirancakkan dengan adanya beberapa usaha sama dengan pelbagai pihak untuk mempromosikan gaya hidup baru dengan konsep ‘Just Brilliant’.

WTA Ventures telah menyerahkan tiga motorhome kepada pelanggan dalam tempoh setahun selepas pelancaran Luxe Motorhomes & Caravans pada 2017. Kami menjangkakan jumlah tempahan motorhome akan meningkat,” katanya ketika majlis penyerahan motorhome versi terpanjang dalam rangkaiannya, Benimar Mileo 282 kepada pembeli, Albert Chew yang berlangsung di Klang baru-baru ini.

'Just Brilliant' menggabungkan tiga elemen iaitu Brilliant Cooperation, Brilliant Convenience, dan Brilliant Comfort ini menjadikan pengguna motorhome merasai manfaat seperti mengeratkan hubungan kekeluargaan, menjalinkan perhubungan dan ikatan serta menjana kepantasan dan kecekapan dalam bekerja atau berbisnes.

Mohd Arne berkata, harga Benimar 282 yang bermula pada RM640,000 mempunyai ciri-ciri tambahan seperti hud dapur, lampu membaca dan penambahan soket elektrik daripada sedia ada.

“Benimar Mileo 282 dilengkapi casis Fiat, berkuasa dengan enjin 150bhp dan gear box enam kelajuan kombinasi auto dan manual.

“Susun atur baharu ini menawarkan dua ruang tamu yang luas di bahagian depan dan belakang dengan dua katil drop down untuk kapasiti empat orang,” katanya.

Beliau berkata, WTA Ventures yang merupakan sebuah syarikat motorhome premium ini melancarkan gaya hidup Just Brilliant sejak setahun lalu di pasaran Malaysia dan ia berjaya menarik pelanggan individu dan korporat.

“Luxe Motorhomes & Caravans juga mengetengahkan konsep pelbagai guna kenderaan motorhome bukan sahaja aktiviti luar tetapi boleh digunakan untuk acara pemasaran, aktiviti CSR dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Albert Chew berkata, beliau suka mengembara dan mahu memiliki motorhome sendiri.

“Saya tidak sabar untuk mencuba motorhome ini dan berkongsi pengalaman bersama keluarga serta rakan,” katanya.

Mohd Arne (kiri) bersama Bersama pemilik baru Benimar Mileo 282, Albert Chew (kanan) ketika majlis Penyerahan kunci.

Benimar Mileo 282 mempunyai ciri-ciri tambahan seperti hud dapur, lampu membaca dan penambahan soket elektrik dari yang sedia ada.

Dilengkapi casis Fiat berkuasa dengan enjin 150bhp dan gear box enam kelajuan kombinasi auto dan manual. Menawarkan dua ruang tamu luas di bahagian depan, belakang dengan dua katil drop down untuk 4 orang.

Luxe Motorhomes & Caravans ingin mengetengahkan konsep pelbagai guna kenderaan bukan sahaja untuk riadah dan penggunaan aktiviti luar, tetapi juga sesuai sebagai kenderaan korporat.