HI-REV Racing secara rasminya memperkenalkan pasukan satelit 2018 mereka yang dikenali sebagai Hi-REV SCK Racing Team, Hi-REV JOBARU PIAWW Racing Team dan Hi-REV Dream Chaser Team yang bakal bersaing dalam pelbagai siri perlumbaan berbeza bagi kedua-dua sukan permotoran dua dan empat roda.

Upacara pelancaran telah berlangsung di Genting Highlands sempena hari keluarga Hi-Rev Team di mana jentera-jentera perlumbaan dari pasukan perlumbaan yang berbeza juga turut diperkenalkan.

Pengurusnya, Valerie Poon berkata, tahun ini terdapat tiga buah pasukan perlumbaan yang akan mempersembahkan kebolehan mereka disamping mesin perlumbaan yang menarik dan skema warna baharu yang tersendiri dengan sejumlah 13 buah motosikal dan dua buah kereta lumba.

“HI-REV SCK Racing Team, HI-REV JOBARU PIAWW Racing Team, serta HIREV Dream Chaser Racing Team akan mewakili HI-REV di acara-acara perlumbaan tahun ini antaranya seperti Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, Championship (ARRC), Malaysia Superbike Championship (MSC), MSF Superbikes, MSF Racing Series, King of 2T dan Malaysia Championship Series (MCS).

“Dalam siri perlumbaan ARRC 2018, pasukan SCK Rapido HI-REV Honda Racing Team telah memulakan musim mereka dengan satu keputusan yang memberangsangkan apabila mereka memenangi perlumbaan pertama dalam kategori Underbone 150 pada Mac yang lalu,” katanya.

HI-REV juga telah mengambil peluang ini untuk melancarkan minyak pelincir berprestasi tinggi premium utama terbaharu bagi kereta berprestasi tinggi, iaitu TorQe PRO Premium Motor Oil. Minyak pelincir sintetik penuh ini adalah adunan unik PAO dengan teknologi “Ester Plus”, hak milik jenama tersebut, yang memberikan tahap prestasi terbaik untuk pelinciran enjin.

Turut hadir Ketua Pasukan Hi-REV Racing team, Soong Chee Kiong (SCK), Md Sees (JOBARU PIAWW) dan CY Ong (Dream Chaser) serta dan dua pelumba muda dari ‘young Talent Program Hi-REV’, Adam Khalid dan Danial.