UMW Grantt International Sdn Bhd, pengeluar minyak pelincir kenderaan jenama Grantt, melancarkan produknya yang dikenali sebagai Grantt Stellar 8000 SAE 0W-20 API SN Plus sepenuhnya sintetik yang dirumus dengan teknologi Knock Guard untuk perlindungan LSPI baru-baru ini bertempat di Dorsett Grand Subang.

Presiden Bahagian Pembuatan dan Kejuruteraan UMW Corporation, Megat Shahrul Azmir Nordin berkata, jenama Grantt dilancarkan tiga tahun lalu namun pengalaman lebih 50 tahun dalam penghasilan minyak enjin dan pengeluaran produk tulen (OEM) menjadikannya mahir dengan formulasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan.

“kami menyasarkan penguasaan pasaran jualan minyak enjin sebanyak lima peratus di negara ini menjelang 2020.

“Sasaran ini dilihat realistik memandangkan jenama Grantt memasuki pasaran tempatan pada 2015 dan ketika ini pasaran keseluruhan minyak pelincir dan enjin di Malaysia adalah sekitar 300 juta liter setahun dengan nilai mencecah RM3 bilion,” katanya.

Produk Grantt dibangunkan melalui kepakaran tempatan di makmal berteknologi tinggi di kilang pengeluaran mereka di Shah Alam, Selangor yang turut mendapat pengiktirafan sijil ISO 9001:2008.

Grantt mula dikenali dengan pasaran minyak enjin bagi pacuan empat roda terutama di Sabah dan Sarawak kini menawarkan produk menyeluruh untuk kenderaan penumpang, komersil, diesel dan motosikal dengan lebih 500 pengedar di seluruh negara.