MALAYSIA Book of Records untuk ‘Most People in an MPV’ telah berjaya dirampas oleh kumpulan Girls Power dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) di peringkat akhir PROTON Ace the Space challenge baru-baru ini sekali gus memecahkan rekod 17 tahun lepas.

‘Girls Power’ telah memecahkan rekod sebelum ini iaitu 53 orang dengan rekod baru iaitu seramai 55 orang berjaya dibuatkan dalam sebuah MPV Proton Ezora.

Pasukan pemenang menerima wang tunai RM10,000, serta baucar jualan Proton bernilai RM1,000, telefon pintar dan dua tiket filem TGV bagi setiap ahli pasukan.

Pasukan itu juga dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran SUV pertama Proton. Sementara itu, KVT Girl dari Kolej Vokasional Temerloh dan Senawang Pemicu dari Politeknik Port Dickson masing-masing berjaya memuatkan 53 peserta dalam SUV.

Manakala pasukan dari UNIMAP, Team Last Minute mendapat anugerah 'Best War Cry'. Proton berkata Ace the Space Challenge telah membuktikan keluasan Exora dan Ertiga.

Syarikat itu merancang untuk mencatat rekod baru dalam Rekod Dunia Guinness Book.