HONDA Malaysia secara rasminya membuka Pusat Honda 3S terbaru di Malaysia baru-baru ini. Terletak di kawasan yang pesat membangun di Banting, Pusat 3S Banting Star Sdn. Bhd. (Banting Star) adalah Honda 3S Center yang pertama di kawasan itu. 

Pembukaan baru ini Honda 3S Center adalah sejajar dengan tumpuan Honda Malaysia untuk menyediakan lebih banyak kemudahan pelanggan di luar kawasan bandar. 

Berhubung pusat 3S Banting baharu itu, antara fasiliti disediakan ialah sebuah lounge Eksekutif untuk pelanggan, cafe, surau serta sambungan WiFi percuma dan ruang kanak-kanak manakala bengkel pula dilengkapi kemudahan moden untuk menyelenggarakan sehingga 44 buah kenderaan sehari. 

Di samping itu, Pusat 3S juga menawarkan perkhidmatan mencuci kereta, pembaharuan cukai jalan dan perlindungan insurans untuk pelanggannya. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata,Honda 3S Centre baharu ini akan menyediakan akses yang lebih mudah kepada lebih banyak kemudahan untuk para pelanggan kami di Kawasan Banting. 

“Komitmen Banting Star terhadap Honda terutamanya dalam meletakkan pelanggan sebagai keutamaan mereka adalah sangat baik. 

“Kami sangat gembira kerana tumpuan mereka adalah sejajar dengan prinsip Honda Joy of Selling dan Joy of Buying,” katanya.