BOON Siew Honda Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan Model Transmisi Automatik terbaharu (AT) (skuter) untuk pasaran Malaysia yang dikenali sebagai Vario 150.

Menggabungkan aspek reka bentuk sporty, prestasi mengagumkan dan pelbagai ciri terbaik yang bernilai untuk wang, Vario 150 baharu merupakan satu pilihan ideal buat penunggang yang mahukan satu pakej lengkap pada sebuah model AT.

Selari dengan komitmennya untuk memberi lebih kegembiraan kepada pelanggan, Boon Siew Honda sentiasa berusaha kuat demi meningkatkan tahap kepuasan pelanggan serta menambah mutu produk yang baharu.

Jenama ini dilihat terus menambah baik tawaran produk mereka bagi memenuhi jangkaan pasaran. Berdasarkan pemerhatian dan pemahaman mendalam terhadap pasaran tempatan, Boon Siew Honda sedar bahawa populariti model AT kian meningkat, terutama dalam kalangan penunggang muda yang mahukan kepuasan serta pelbagai ciri berkuasa dan spesifikasi, tetapi pada harga mampu milik.

Melalui pemerhatian ini, Boon Siew Honda tahu tentang potensi besar dalam segmen AT.

Justeru, syarikat ini mengambil keputusan untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada semua penunggang dengan memperkenalkan Vario 150.

Ciri keselamatan moden pada model AT ini dapat memberikan kepuasan maksimum kepada penunggang, manakala transmisi automatik membuatkannya mudah untuk dikendalikan.

Selain daripada aspek keselamatan dan tunggangan mudah, minat terhadap motosikal cc besar dilihat semakin meningkat dalam kalangan penunggang di Malaysia.

Terdapat empat pilihan warna untuk Vario 150 ini iaitu hitam/merah, perak/kuning serta biru/perak yang dijual pada harga RM7,199, manakala model Repsol Edition pula dijual pada harga RM7,399.

Harga yang telah ditetapkan Boon Siew Honda ini tidak termasuk insurans serta kos pendaftaran lain, dan akan dikekalkan walaupun selepas bulan Ogos ini di mana cukai SST sudah mula dikuatkuasakan serta jaminan yang diberi adalah selama dua tahun atau 20,000 km perjalanan.