BMW Group Malaysia telah mempersembahkan BMW Concept X7 iPerformance, sebuah ikon baharu yang mencontohi pendefinisian BMW mengenai mobiliti bervisi dan kemewahan progresif, ia diperkenalkan julung kalinya bukan sahaja di Malaysia, malah juga di rantau Asia Tenggara.

Status BMW Concept X7 iPerformance sebagai sebuah Kenderaan Sports Activity BMW (SAV) berkelas mewah jelas terserlah. Bahasa dan lenggok rekaan BMW SAV ini disemai pada bahagian luaran kenderaan tersebut melalui penggunaan bentuk dan garisan yang teliti, ditambah dengan ciri-ciri kehalusan dan kelincahan tinggi yang sejajar dengan saiz dan keseimbangan kereta tersebut.

Ciri utama terdapat di bahagian hadapan kereta ini ialah gril kidney vertikalnya yang menonjol, ia melambangkan satu-satunya jenama kenderaan premium yang unik, iaitu BMW. Bingkai gril serta bar vertikal yang digunakan merupakan single-piece dan terdiri daripada reka bentuk yang padu.

PENAMPILAN MEWAH

Bahagian atas lampu hadapan berkembar yang langsing dan memanjang pada kenderaan ini didatangkan dengan pencahayaan laser BMW yang bersambung pada gril kidney. Pencahayaan signatur X berwarna biru yang dipancarkan laser BMW ini menonjolkan keyakinan BMW Concept X7 iPerformance yang mewakili famili BMW SAV.

WARNA EKSKLUSIF

Bahagian luaran kenderaan ini yang menampilkan warna eksklusif metalik Manhattan menyebatikan permukaan dan bentuk kenderaan ini dalam warna gangsa (olive-bronze) gelap lalu menonjolkan penggayaan yang gah pada bahagian sisi kenderaan ini dengan ciri sofistikasi.

Penampilan bahagian belakang menterjemahkan keluasan ruangan kenderaan tersebut dengan sebaiknya. Bibir aero (aero lips) vertikal serta under guard yang dipadankan dengan warna badan kenderaan ini membentuk sebuah bingkai yang menarik pada bahagian belakang.

RUANG DALAMAN

Keluasan ruangan dalaman BMW Concept X7 iPerformance menterjemahkan keselesaan superlatif dengan ambien yang eksklusif dan penuh sofistikasi. Selain itu, bumbung panoramik kenderaan ini yang luas juga memberikan lebih banyak ruang vertikal bagi pemandu dan penumpang kenderaan ini.

Enam tempat duduk luas yang diseimbangkan di dalam kenderaan ini disusun melalui tiga barisan, empat daripada kesemua tempat duduk tersebut mempunyai reka bentuk individual yang eksklusif.

Barisan tempat duduk kedua memberikan akses yang mudah ke barisan tempat duduk ketiga, dan bes tempat duduk ini yang renceng juga memberikan ruang letak kaki yang lebih luas bagi penumpang di tempat duduk belakang.

Konsep operasi yang terbaharu membolehkan kedua-dua paparan tersebut digunakan secara interaktif.

KEMASAN RAPI

Pada bahagian bawah instrumen ini, iaitu di konsol pusat (centre console) dan tindanan kefungsian pusat (centre stack), pengelompokan kefungsian melalui kemasan permukaan yang rapi menampilkan pendekatan minimalis.

Kaca kristal dengan pencahayaan latar (backlit) separa yang berwarna gelap keperakan (Silver Night) mengunjurkan sofistikasi terhadap elemen yang lain seperti tuil pemilih (selector lever), Pengawal iDrive (iDrive Controller) dan butang multifungsi yang terletak di stereng.

Secara keseluruhannya, BMW Concept X7 iPerformance mendemonstrasikan kemustahilan untuk menggandingkan kenderaan sports activity yang bersaiz besar dengan drivetrain elektrik, dan disempurnakan dengan kelebihan keterhubungan digital. BMW X7 yang bakal dikeluarkan terdiri daripada model kenderaan yang paling besar di dalam sejarah bagi pengeluar kenderaan premium ini dan ia dijadualkan untuk dilancarkan pada 2019.