CBP 02 adalah salah satu Beg sandang yang dikeluarkan oleh Givi. Dengan muatan sebanyak 17 Liter ini, beg yang sesuai digunakan pada semua peringkat umur mampu untuk dimiliki dengan harga yang berpatutan.

Beg keras (Hard Bag) ini mempunyai ciri keselamatan yang cukup baik kerana menggunakan hanya satu zip besar dengan kompartmen yang sesuai untuk penunggang motorsikal mengasingkan barangan yang ingin dibawa.

Selain itu juga, beg ini sangat sesuai untuk penunggang motosikal yang bekerja dan mampu untuk memuatkan komputer riba tanpa rasa ragu-ragu.

Warnanya yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap membuatkan si pemakai lebih yakin untuk membawanya kemana sahaja.

Span yang tebal juga membuatkan beg ini selesa untuk dipakai dan mampu untuk mengurangkan sakit belakang apabila menunggang untuk jarak yang jauh.

Beg yang mempunyai cengkerang luar(hard shell) yang cukup baik mampu untuk meyakinkan penunggang untuk menyimpan barang-barang penting didalamnya.