JENJAROM - Seorang wanita maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah van dan sebuah lori pasir yang berlaku di Jalan Sungai Buaya, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi turut menyebabkan seorang lelaki cedera parah.

"Kita telah menerima panggilan pada pukul 8.21 pagi dan telah menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang.

Mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini.

"Kemalangan melibatkan sebuah van dan sebuah lori pasir, terdapat dua orang mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Mangsa lelaki didapati tersepit dalam kemalangan sementara mangsa wanita pula meninggal dunia.

"Anggota kita telah menggunakan peralatan ResQ Tech untuk mengeluarkan mangsa tersepit sebelum dihantar ke hospital," katanya.